Monday, July 9, 2018

Hadiah kahwin freezermate tupperware


"Ayam banyak ekor tu, tak tahu nak simpan kat mana, peti dah penuh. "Bebel mak kerunsingan sebab takut ayam rosak. Peti ais dah penuh dengan stok masakan untuk masak malam raya.

So tanya dengan mak, "Freezermate yang ada tu dah guna semua ke?" Dalam hati dah tahu mesti tak guma sebab selalu mak simpan sayang nak guna katanya.

Tanpa berlengah pergi keluarkan semua bekas freezermate set yang ada, keluarkan semua bekas aiskrim, bekas tofufa, bekas nasi minyak, bekas pulut semangat dan segala bagai bekas yang ada dalam freezer tukar semua isian masuk dalam freezermate.

Lepas dah tukar memang muat 2 biji bekas besar berasaiz 4-5L ( dah lupa saiz sebenar) tapi elok elok muat 3 ekor ayam dalam freezer tu. Ikan, udang segala bagai pun tak perlu berkorban untuk ayam-ayam yang bakal dimasak menjadi juadah pagi raya untuk ahli keluarga yang ramai ni.

Mak masuk dapur tanya mana ayam yang banyak tu, dengan selamba jawab kat mak , " try buka peti tu mak" -senyum sampai telinga. Ooh mana mak tahu boleh muat peti banyak-banyak bekas ni.

Jadi, bukan nak cakap kalau guna bekas bukan tupperware (tiada bekas khusus untuk freezer) simpanan tak beku, rosak dan sebagainya. Tapi selain bantu cepatkan proses pembekuan dengan reka bentuk yang membolehkan udara sejuk mengelilingi bekas walaupun bertindih, dalam masa yang sama ia sangat membantu menjimatkan penggunaan ruang kerana direka dalam pelbagai saiz. Sangat memenuhi kehendak naluri seorang suri rumah- kalau tak percaya cubalah ber'freezermate'.

Selain itu, dinding bekas freezermate hadir dalam keadaan 'transparent' bagi membolehkan bahan simpanan dapat dilihat dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan dan membuka penutup bekas. Senangkan. Penggunaan bekas freezermate juga boleh menghilangkan bau bau hanyir ikan, bau darah daging ayam, bau sotong udang dan sebagainya disebabkan penutup yang ketat dan kemas.
Jadi tak rugi sebenarnya membelanjakan sedikit duit anda untuk set freezermate yang sudah terbukti kualiti materialnya yang kukuh dan selamat diguna pakai untuk tempoh yang panjang dengan cara dan pengunaan yang betul.

Opsss lupa, kalau dah berabad guna dan bekas mereput tiba-tiba boleh la bawa ke stokis untuk tukar baru yer! No worries tiada charge dikenakan (FOC) disebabkan barangan produk tupperware ni memiliki lifetime warranty yang tertakluk pada terma dan syarat.

Mari kita lihat gambar freezermate yang digunakan untuk menyimpan stok daging ayam ikan dan pelbagai lauk basah yang berkaitan.

Stok untuk 2-3 minggu

Keadan dalam freezer (peti ais satu pintu) boleh muat sehingga 10-11 bekas freezermate

Jimat ruang dan transparent: komen dari pengguna freezermate

Offer sempena raya haji-pelbagai saiz

Lebih jimat dengan pembelian 2set


Use With Confident!

Your TupperwareBrands Independent Consultant
Ainah Mardiyyah Bt Mohamad
019-6513210